Friday, September 30, 2011

Akhirnya bening



Tahukah anda telah banyak makanan Jawa telah lama dikenali di Malaysia. Antaranya lodeh, lontong, sambal goreng, tempe, begedel dan sebagainya. Namun, saya ingin berkongsi dengan anda semua adalah tentang sayur bening. Pasti anda berasa pelik mendengar namanya. Sayur bening bukanlah spesis sayur baru atau sayur dari luar negara. Akan tetapi, sayur bening merupakan sejenis sup sayur Jawa yang unik. Anda bertanya kenapa? Ini kerana sayur bening terlalu mudah untuk dimasak anda boleh menggelarnya makanan segera. Bahan yang diperlukan hanyalah garam, bawang putih, sayur pilihan dan air. Langkah pertama ialah jerang air sebanyak 300ml dalam periuk yang sesuai. Seterusnya masukkan 2-3 biji bawang putih yang telah dipecahkan sedikit. Kemudian, taburkan garam sebagai penguat perasa sesedap rasa. Sayur pilihan anda sama ada dipotong atau tidak boleh dimasukkan sekali ke dalam periuk itu. Susunan bahan untuk dimasukkan tidak tetap, terpulanglah kepada anda bila ingin memasukkannya. Semua sekaligus juga boleh. Biarkan sup merenih sehingga sayur layu lalu tutuplah api. Sekarang tersedia sudah sayur bening anda. Sup bening amat berkhasiat kerana kurang perisa tambahan dan menggunakan rasa sayur sejati. Semua khasiat sayur juga terkumpul dan tidak tersia atau dilemahkan oleh bahan-bahan lain. Sup ini boleh diperbaharui dengan menambah bahan-bahan lain. Sup ini juga boleh dijadikan sup asas untuk hidangan stimboat. Selamat mencuba !!!



No comments:

Post a Comment