Friday, September 30, 2011

Lemak berkrim disukai ramai



Seorang lelaki kelihatan sedang menunggu bas di pagi Sabtu di perhentian bas kolejnya. mukanya terherot-berot seperti cuba melakukan sesuatu. Lidahnya bermain-main di sekeliling gigi-giginya, berusaha untuk mengeluarkan sisa-sisa biskut bijiran yang dimakannya sebentar tadi. Teringatnya tatkala membuka bungkusan kecil Jacobs akan pesanan ibunya yang sering meleterinya ketika hendak membeli bekalan makanan ke kolej. "Kenapa suka sangat beli coklat dengan biskut manis?" ujar ibunya sambil meletakkan semula bekas plastik berisi biskut coklat kembali ke raknya. "Its better for you to eat these biscuits," ibunya mengisi troli yang ditolaknya dengan tiga kotak biskut Jacobs. "No wonder you are so skinny and unhealthy. Now apa lagi yang kamu nak beli?" bertanya ibunya seolah-olah pilihannya ada memberi makna pada sesi membeli-belah itu. Dia tersenyum sendirian di perhentian itu. Nasibnya agak baik kerana biskut pilihan ibunya itu adalah biskut bijirin bersusu, menepati seleranya yang sememangnya hantu susu.

No comments:

Post a Comment